INI DIA AISKRIM PELANGI....................
RESEPI AISKRIM PELANGI ALAH-ALAH PADDLE POP.....
Kebetulan anak-anak sudah menghabiskan aiskrim yang dibelikan dan keesokannya minta lagi ???tidak perlu risau ......... boleh buatkan ais krim buat anak-anak tersayang. Bagi yang kita buat sendiri lagi rasa best berbanding yang beli. Sebabnya anak-anak berlumba nak makan hasil air tangan kita. Siapa yang tidak syokkan???
AIS KRIM PELANGI
Bahan-bahan 1 biji telur - jika suka. Tapi saya suka heheh 2 sudu besar ovelett 1/2 tin susu pekat - ikut manis mana yang disukai. Pada saya yang ini sudah cukup 1/2 tin susu segar/susu cair - biasanya saya guna susu cair terjamin ada dalam stok 1 tin air suam - gunakan tin penyukat yang sama dengan susu-susu tadi 1 sudu kecil perisa yang digemari dan Pewarna yang digemari
Caranya 1. Campurkan kesemua bahan yang ada dan putar sehingga betul-betul kembang. Biasanya langkah ini saya campurkan dalam mangkuk dulu bagi rata baru putar sikit-sikit guna mixer. Sebabnya kalau masuk semua dia akan kembang dan terkeluar pulak dari mesin mixer tersebut.
Putar hingga teksturnya betul-betul halus dan berkrim.
2. Bahagiakan kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna dan perisa yang digemari.
3. Tuang dalam bekas berselang seli sehingga selesai. Untuk adunan ni selalunya saya dapat dalam 500g lebih rasanya. Kena guna 2 bekas besar.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman. Selalunya ia akan membeku keesokan harinya..
* PETUA: 1) Nak cantik lagi?? Bila dah beku sendukkan dalam mixer dan putar dalam 2-3 kali lagi sehingga betul-betul halus teksturnya. Biasanya yang ni saya buat kalau jenis plain sahaja.
2) Untuk menghasilkan ais krim coklat, masukkan milo ke dalam resepi.
Dan... dahhhhhhhh dah siap pun. Hidangkan bersama coklat hersey, badam kisar, kacang kisar, coklat rice, krim putar atau apa-apa saja mengikut kesukaan anda........
hmmmmm seronok dapat mebuatnya sendiri oleh itu gunakan cadangan kami ini untuk membuat AISKRIM PELANGI alah-alah PADDLE POP... HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Pastikan anda cuba...
KAMI DARI BEST SERVICE COLLECTION AKAN SENTIASA MEMBERI TIPS-TIPS YANG BARU UNTUK ANDA SEMUA................................................................
No comments:
Post a Comment