Sunday 3 April 2016

USAHAWAN YANG MENJADI IDOLA BESTSERVICE COLLECTION FOOD.........

Image result for bill gates usahawan

Nama Lengkap : William Henry Gates III
Tempat Lahir : Seattle, Washington
Tarikh Lahir : Jumat, 28 Oktober 1955
Warganegara  : Amerika Syarikat
Pekerjaan : Pengerusi, Pengasas Microsoft, Yayasan Bill & Melinda Gates
Kekayaan bersih : US$79 miliar(2015)
Agama : Agnostik
Pasangan : Melinda Gates
Anak : Jennifer Katharine Gates, Rory John Gates dan Phoebe Adele Gates
Orang tua : William H. Gates, Sr. Mary Maxwell Gates


Sebab-sebab saya memilih usahawan ini:
Saya memilih Bill Gates kerana beliau adalah seorang yang usahawan yang berani mencuba untuk membuka perniagaannya bersama dengan rakannya ketika masih belajar. Beliau mempunyai semangat yang gigih dalam mencipta Microsoft bahkan terdapat banyak cabaran. Selain itu, beliau juga melakukan kebajikan dengan menubuhkan sebuah yayasan amal bersama isterinya. Yayasan ini memberi dana termasuk biasiswa kolej kepada orang yang kurang berkemampuan, ubat-ubat untuk AIDS, membantu pesakit di negara dunia ketiga. Walaupun beliau merupakan orang yang terkaya di dunia, beliau masih menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan.

1.1 LATAR BELAKANG
Bill Gates adalah salah seorang yang paling berpengaruh di dunia. Boleh dikatakan hampir semua pengguna komputer menggunakan perisian Microsoft. Menurut Forbes majalah, Bill Gates adalah manusia yang terkaya di dunia dan telah berada di kedudukan nombor satu selama beberapa tahun.

Gates telah dilahirkan dan membesar di Seattle, Washington USA. Bapanya, William H Gates II adalah seorang peguam. Ibunya, Mary Maxwell Gates adalah seorang guru sekolah dan pengerusi kebajikan United Way. Gates dan dua orang kakaknya telah mendapat didikan yang sempurna. Gates bersekolah di Lakeside School For Boys, sebuah sekolah elit di Seattle. Sejak kecil Bill mempunyai hobi “hacking”,bahkan hingga kini pun kegiatan ini masih sering dilakukannya.

Bill Gates menyambung pengajian di Universiti Harvard dalam 1973 di mana dia berjumpa dengan Paul Allen. Gates dan Allen mempelajari bahasa pengaturcaraan BASIC, yang merupakan asas untuk MITS Altair (mikrokomputer pertama boleh didapati). Gates memulakan syarikat pertamanya dengan usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Walau bagaimanapun apabila umur Bill Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan hampir kebanyakan peluang perniagaan.
 Berdirinya Microsoft dan Jalan Menjadi Orang Terkaya Di Dunia

Logo Microsoft dari tahun ke tahun
Image Source : https://karthiklog.wordpress.com
1.2 PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Bill Gates dan Microsoft Corporation
Bill Gates kemudiannya menubuhkan syarikat, Micro-Soft, bersama Paul Allen dan mengambil cuti belajar dari Harvard untuk memulakan perniagaan barunya. Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada ramai pengemar komputer dan sumber kodnya disalin dan diedar secara meluas kepada komuniti peminat komputer. Pada Februari 1976, Gates menulis surat terbuka kepada pengemar (Open Letter to Hobbyists) di dalam risalah MITS, yang menjelaskan bahawa MITS tidak boleh meneruskan pengeluaran, mengedar dan mengekalkan perisian yang berkualiti tinggi tanpa bayaran. Penjelasan itu tidak diendahkan oleh oleh ramai pengemar komputer tetapi Bill Gates tetap dengan pendiriannya bahawa pembina perisian berhak mendapat bayaran di atas kerjanya. Microsoft memutuskan kerjasamanya dengan MITS pada penghujung 1976 dan meneruskan pembinaan bahasa pengatucaraan perisian (programming language software) untuk pelbagai sistem.

Selain dari Microsoft, Bill Gates juga ada membuat pelaburan di dalam syarikat lain. Beliau membuka syarikat Corbis, syarikat imej digital pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau menjadi pengarah di Berkshire Hathaway, syarikat pelaburan yang diketuai oleh rakannya Warren Buffett. 


Kekayaan, Dana & Kebajikan Bill Gates 

Bill Gates telah tersenarai di dalam majalah Forbes sebagai antara manusia terkaya di dunia. Pada tahun 2000, Bill Gates menubuhkan Bill & Melinda Gates Foundation, sebuah yayasan amal bersama isterinya. Yayasan ini memberi dana termasuk biasiswa kolej kepada yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran pelajaran, ubat-ubat untuk AIDS, membantu pesakit-pesakit di negara-negara dunia ketiga dan banyak lagi.

Dalam tahun 2000 juga, yayasan ini telah menyumbangkan USD$210 juta kepada Universiti Cambridge di atas nama Gates Cambridge Scholarships. Yayasan Bill & Melinda Gates juga telah menyumbangkan lebih dari USD$7 juta kepada banyak organisasi termasuk United Negro College Fund.
Gambar Bill Gates 


Bill Gates bersama Steve Jobs (Apple)

Anugerah & Penghormatan
Majalah TIME menamakan Bill Gates sebagai orang nombor 1 dalam 100 yang paling berpengaruh untuk abad ke-20 dan juga pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Majalah TIME juga menamakan Bill Gates dan isterinya sebagai “Persons of the Year” pada tahun 2005 untuk sumbangan besar yang diberi di dalam misi kemuanusiaan. Pada tahun yang sama, Bill Gates dianugerahkan darjah kesatriaan “Knight Commander of the Order of the British Empire” daripada Ratu Elizabeth II. Pada tahun 2006, beliau dianugerahkan dengan “Premio Príncipe de Asturias en Cooperación Internacional”. Bill Gates juga mendapat tempat ke-8 oleh majalah New Statesman pada tahun 2006 sebagai "Heroes of our time”.

Bill Gates tersenarai di dalam Sunday Times “Power List” pada tahun 1999, sebagai “CEO of the year“ oleh majalah Chief Executive Officers pada tahun 1994, tempat pertama di dalam "Top 50 Cyber Elite" oleh majalah TIME pada tahun 1998, tempat ke-2 di dalam Upside Elite 100 pada tahun 1999 dan disenaraikan oleh The Guardian sebagai "Top 100 influential people in media" pada tahun 2001.

Bill Gates menerima 3 sarjana kedoktoran dari Nyenrode Business Universiteit, Breukelen, Belanda pada tahun 2000, Royal Institute of Technology, Stockholm, Sweden pada tahun 2002 dan Waseda University, Tokyo, Jepun pada tahun 2005. Para entomology menamakan bunga Eristalis gatesi, sebagai penghormatan kepada Bill Gates.


Bill Gates dan Melinda menerima “Prince of Asturias Award” dari International Cooperation pada Mei, 4, 2006, sebagai penghormatan di atas kerja-kerja amal dan sumbangan yang diberikan. Pada November 2006, beliau dan isterinya dianugerahkan dengan “Order of the Aztec Eagle” untuk kerja amal dan sumbangan mereka di dalam kesihatan dan pendidikan sedunia, terutamanya di Mexico untuk program "Un país de lectores".

1.Predikat 400 Richest People in America, majalah Forbes (1987)
2.Masuk ke dalam daftar 100 orang paling berpengaruh pada abad ke-20, Majalah Time
3.Masuk ke dalam daftar 100 orang paling berpengaruh tahun 2004, 2005, dan 2006 oleh Majalah Time
4.Peringkat kedelapan dalam daftar Heroes of our time (2006)
5.gelar CEO tahun 1994 oleh majalah Chief Executive Officers (1994) 
6.Peringkat pertama dalam daftar Top 50 Cyber Elite oleh majalah Time (1998)
7.Gelar Distinguished Fellow ke-20, British Computer Society (1994) 
8.Gelar Doktor Kehormatan dari Nyenrode Business Universiteit, Breukelen, Belanda, (2000)
9.anggota kehormatan Peking University (2007)
10.Gelar Kehormatan Knight Commander of the Order of the British Empire (KBE) oleh Ratu Elizabeth II (2005)
11.Penghargaan Order of the Aztec Eagle
12.Penghargaan Bower Award for Business Leadership dari The Franklin Institute (2010)
13.Silver Buffalo Award dari Boy Scouts of America (2010) 


                                
Kerjasama dengan IBM

No comments:

Post a Comment